Tak nak kena tipu beli kereta? SCRUT DULU!

SCRUT Integrity Inspection

Pemeriksaan Kenderaan Paling Komprehensif di Malaysia

Kenapa pening di kemudian hari, anda buat pinjaman sehingga 9 tahun untuk membela kereta yang tidak elok! Jangan menyesal di kemudian hari, buat “Pre-Purchase Inspection” sebelum membeli kereta.

🚗    SCRUT Kereta dan Pilih Slot Sekarang Kami hanya menerima bayaran dan tempahan secara online

Kenapa Perlu Inspection?

Mengetahui keadaan sebenar kereta sebelum membuat apa-apa keputusan

Mengetahui tentang apa yang perlu di baiki atau di tukar

Mengelakkan kecelakaan apabila anda tahu keadaan kereta

Mengelakkan kereta tersadai di tepi jalan

Mengelakkan terganggu acara anda apabila kereta berada di dalam keadaan baik

F.A.Q

SCRUT Integrity Inspection (SII)

Apa itu SII?


SII adalah "SCRUT Integrity Inspection" iaitu pemeriksaan komprehensif 120 titik tempat atau kawasan penting pada kereta. Ia dilakukan oleh inspektor atau pemeriksa bertauliah yang dilantik oleh pihak SCRUT. SII dilakukan selama 90 minit ke 120 minit di atas hois, termasuk imbasan diagnosis OBD (On-Board Diagnostic), ujian jalan raya, dan akhir sekali rundingan serta khidmat nasihat akan diberikan. Biasanya servis SII ini hanya dibuat ke atas kenderaan terpakai tempatan atau import termasuk kereta rekon.

Kenapa kita perlukan SII?


SII sangat diperlukan oleh kita semua kerana ia adalah pemeriksaan kondisi (keadaan) kereta terbaik yang sangat holistik. Sistem kiraan mata SII adalah automatik, telus dan jujur. Dengan SII, kita dapat mengetahui keadaan sebenar kereta kita atau kereta yang hendak kita beli daripada pihak SCRUT. SCRUT adalah jenama integriti yang dipercayai rakyat Malaysia semenjak hari pertama ia dilahirkan kerana menentang kapitalis penjual kereta yang jahat yang telah menipu kita semua selama ini. Keadaan kereta kita yang sebenar melalui pandangan pihak SCRUT dapat dijadikan petunjuk atau penanda untuk kita membuat keputusan dalam menilai sesebuah kereta. Hendak beli atau tidak, itu keputusan diri sendiri.

Siapa perlukan SII?


Kita semua perlukan SII. Seorang penjual kereta yang jujur perlukan laporan SII untuk membuktikan kata-kata dan dakwaannya terhadap kereta yang dia jual adalah benar. Jika kereta yang dia jual itu didakwa berkeadaan sangat baik, sudah pasti laporan SII akan menunjukkan keputusan gred yang sangat baik. Manakala seorang pembeli kereta yang bijaksana juga sangat perlukan SII bagi memastikan kereta yang bakal dibeli diketahui keadaan kondisi sebenar dan harga yang ditawarkan atau dijual sesuai dengan keadaan kondisi sebenar. Barulah tidak ada penyesalan membeli kereta terpakai atau kereta rekon.

Bagaimana SII digunakan?


SII boleh digunakan oleh kedua-dua belah pihak sama ada penjual atau pembeli. Penjual kereta boleh menggunakan laporan SII untuk memberikan justifikasi terhadap harga kereta yang dijualnya dan dalam masa yang sama dia juga boleh membuktikan bawaha dia seorang penjual kereta yang telus lagi jujur. Sebagai contoh, penjual kereta yang menjual kereta bergred A boleh menjual kereta dengan harga yang lebih mahal berbanding kereta bergred B dan C. Untuk pembeli pula, laporan SII boleh digunakan untuk melakukan rundingan harga, membatalkan pembelian atau meminta kerosakan yang dijumpai untuk dibaikpulih dahulu sebelum dibeli. Sebagai contoh, sekiranya penjual kereta telah mendakwa kereta yang dijualnya gred terbaik tetapi laporan SII menunjukkan kereta tersebut hanya gred C, pembeli boleh membatalkan hasrat membeli atau melakukan tawar menawar untuk dapatkan lebih pengurangan harga kereta tersebut.

Berapa harga SII?


RM345 (350 kredit)

Siapa yang patut bayar?


Sebenarnya tiada jawapan yang tepat sama ada penjual atau pembeli yang sepatutnya buat bayaran terhadap servis SII. Sebagai penjual, adalah lebih baik mereka yang buat SII untuk kereta-kereta yang dijualnya. Selain menunjukkan mereka telus, dengan laporan SII juga boleh membantu para penjual kereta untuk meyakinkan para pembeli terhadap kereta-kereta yang dijualnya. Dalam rekod kami, para penjual yang ada laporan SII dapat menjual dengan lebih cepat. Apalah RM345 jika hendak dibandingkan dengan komisen menjual sebiji kereta. Sebagai pembeli pula, memastikan kereta yang hendak dibeli diketahui keadaan kondisi sebenarnya adalah kewajiban. Kita sebagai pengguna dan pembeli mempunyai hak untuk tahu secara jelas dan terperinci kereta yang kita hendak beli sebelum menandatangi persetujuan untuk memilikinya. Maka, pembeli juga sepatutnya memilik SII untuk memastikan keadaan kondisi kereta yang hendak dibeli. Apalah sangat RM345 jika hendak dibandingkan dengan harga kereta dan bayaran ansuran bulanan selama 3,5,7 atau 9 tahun. Apalah sangat RM345 jika kita dapan mengelakkan risiko membayaran kerosakan yang tidak kita sangka-sangka.

Apa beza SII dengan pemeriksaan Puspakom?


Puspakom adalah pemeriksaan yang diwajibkan oleh kerajaan untuk menilai kebolehgunaan kenderaan di jalan raya (road worthy inspection). Manakalai SII adalah pemeriksaan keadaan dan kondisi kereta yang dijalan oleh SCRUT sebagai pandangan pihak ketiga berserta dengan gred yang dijanakan oleh sistem kami. Maka, SII adalah pelengkap kepada masalah dan isu masyarakat yang selama ini ditindas dan ditipu oleh kapitalis jahat walaupun Puspakom sudah lama wujud.

Bagaimana SCRUT menjaga integriti SII?


SCRUT menguruskan dan mengendalikan sendiri pusat pemeriksaan SCRUT di seluruh negara. SCRUT juga membangunkan dan menguruskan sistem SII sendiri. Inspektor SCRUT telah menandatangi sumpah dan akur janji untuk memastikan integriti SCRUT tidak tercalar. Jika ia berlaku, maka hukuman yang sangat berat akan dikenakan. Selain itu, pusat pemeriksaan SCRUT juga tidak menerima bayaran tunai atau bayaran di kaunter. Kesemuanya mesti dilakukan secara atas talian. Pemeriksaan dan pemberian gred inspektor SCRUT sekali lagi akan disemak oleh inspektor senior. SCRUT juga mengeluarkan kod QR yang akan terus membawa sesiapa sahaja yang mengimbas kod tersebut kepada laporan sebenar di dalam sistem SCRUT. Jadi, masalah laporan palsu atau laporan yang telah diubah tidak akan berlaku. Pengguna hanya perlu memastikan domain laporan tersebut adalah SCRUT.MY.

Bagaimana gred SII dibaca?


Rujuk disini: SCRUT Integrity Inspection Lahir untuk tolong anda! 🔗

Kenapa SII sangat berbaloi?


SII sangat berbaloi kerana ia adalah inisiatif pihak SCRUT. Ia dapat menyelamatkan masyarakat daripada ditipu kapitalis jahat. Kereta banjir, kereta potong, kereta kemalangan dan kereta yang sudah diubah meter perbatuannya (mileage) mungkin dapat dikesan. Pandangan pihak ketiga daripada SCRUT mungkin menyelamat poket anda!

Alasan-alasan penjual tidak mahu buat SII?


Sebenarnya penjual kereta tiada apa-apa halangan pun untuk menghantar kereta ke pusat pemeriksaan SCRUT. Jika penjual dilihat keberatan untuk menghantar, ketahuilah kereta tersebut mungkin ada masalah. Kesemua pusat jualan kereta terpakai, rekon atau baru pasti memiliki dan membayar insurans/takaful untuk menggunakan Lesen Plat Kenderaan Perdagangan (Trade plate). Jadi, apa alasan penjual tidak mahu menghantar ke pusat pemeriksaan SCRUT? Dalam rekod kami, terdapat penjual yang sanggup menghantar kereta-kereta mereka dari Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Bharu dan Ipoh ke SCRUT Auto di Ampang.

Penyesalan pembeli kerana tidak buat SII?


Terdapat banyak kejadian penyesalan yang kami pernah dengar. Ada yang terbeli kereta banjir, ada yang terbeli kereta kemalangan, ada yang beli kereta yang banyak bocor sana sini, ada yang terbeli kereta dah kena pusing meter perbatuan, ada yang terbeli kereta sewa, ada juga terbeli kereta e-hailing. Dengan menghantar kereta yang ingin dibeli untuk SII dijalankan, mungkin rasa penyesalan dapat dielakkan.

Kalau penjual tidak mahu buat SII, apa kita patut lakukan?


Tanam dalam diri kita yang kereta tersebut mungkin ada sesuatu yang dia hendak sembunyikan. Jika kereta tersebut dalam keadaan seperti apa yang dia katakan, sudah pasti tiada masalah untuk dia bersetuju untuk kereta yang kita ingin beli itu dibawa ke pusat pemeriksaan SCRUT. Kenapa takut jika kereta yang dijual seperti yang didakwa? Tiptop condition, accident free? Jika penjual tidak mahu lakukan SII, tinggalkan penjual itu, cari kedai atau penjual lain. Kereta lain banyak lagi, kedai pun banyak lagi, dan penjual kereta pun ramai lagi. Boleh ke tempat lain. Jangan letakkan risiko terhadap perkara yang kita tidak jelas. Jika sudah bayar wang atau yuran tempahan, minta dia pulangkan balik. Jika mereka tidak mahu, laporkan kepada KPDHEP, buat laporan polis dan viralkan. Penjual tiada hak untuk merampas atau menolak wang atau yuran tempahan. Perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang.

#SCRUTdulu!

GUNA HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA BIJAK! JADI MASYARAKAT YANG BIJAK!

Sila hayati bait-bait lirik lagu Roh Marhaen

created with

Loan Calculator - Roadtax Calculator - Privacy Policy - Refund - Terms & Conditions - Team
SCRUT.my is a product of Scrut Technology Sdn. Bhd. (1231565-V)